Rayuan Sumbangan Jun 2018

dari Facebook Kak Noryn

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada Warga FB dan rakan2. Salam Ramadhan Kareem. 
Kita sekarang berada di minggu pecutan terakhir Ramadhan yang penuh barakah ini.
Bagi pihak Taskforce Surau Al-Ihsan SMSJ, kami ingin menjemput sesiapa jua yang sudi menyumbang, mewakaf, menginfaq dan membantu di dalam bentuk tunai maupun secara in-kind untuk surau ini.
Keperluan terkini Surau adalah seperti berikut :
  • Jam (Paparan Waktu Solat) di bahagian perempuan.
  • Menggantikan water cooler/heater yang sudah uzur dan tidak boleh berfungsi lagi untuk bahagian lelaki dan perempuan.
  • Menggantikan dan membetulkan "sliding doors" dan "sliding windows" yang telah pecah dan rosak.
  • Membetulkan paip serta sistem tekanan air dari tangki utama ke pili2 wudhuk. Terdapat 96 buah pili keseluruhannya.
  • Tambahan lampu2 di ruang hadapan dan belakang yang agak malap.
  • Tambahan/menggantikan kipas2 di ruang hadapan dan belakang. 
  • Memperkemaskan bahagian dalaman Surau.
  • Lain2 keperluan Surau yang akan diteliti dan dipertimbangkan oleh Taskforce Surau Al-Ihsan SMSJ dari masa ke semasa.

Untuk sumbangan wakaf dan in-kind, bolehlah menghubungi kami secara direct. 
Manakala untuk sumbangan tunai pula, boleh disalurkan kepada Akaun Surau di nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 141 800 1000 7685.
Kejarilah pahala Sadaqah, Infaq dan Wakaf di hari2 terakhir Ramadhan ini dengan ketulusan hati dan penghayatan untuk mendapatkan ganjaran pahala berganda yang Allah SWT telah janjikan kepada kita semua. Aamiin, Aamiin, Aamiin...Ya Rabbal 'Aalamiin...
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di :
  • Noraini Noryn Mohd Yusof - 013-3956789
  • Haizad Ibrahim - 019-3273074
  • Nazri Safar (Aye) - 019-4907511

Terima kasih yang terdahulu kami ucapkan di atas keperihatinan dan budi-baik tuan/puan. Semuga Allah SWT membalasnya dengan keberkatan dan rahmatNya. Aamiin...

Nota :
1. Untuk pengetahuan tuan/puan, akaun Surau ini sudahpun berusia 10 tahun. Semasa membuka akaun dahulu, kami ingin meletakkan nama Surau Al-Ihsan SMSJ kepada akaun tersebut, akan tetapi Surau tidak mempunyai dokumen yang lengkap untuk membolehkan akaun itu dibuka di atas namanya, sedangkan akaun tersebut telah diamanahkan oleh penyumbang2 khas hanya untuk mengumpulkan dana Surau. Untuk mengelakkan daripada sebarang kekeliruan dan percampuran dana dengan akaun Sajoha (yang mempunyai aktiviti2 lain), maka akaun ini telah dikhususkan untuk keperluan Surau Al-Ihsan SMSJ sahaja.
2. Untuk sebarang rujukan kerja2 dan "Scope of Work" Projek Surau yang lalu, serta juga Rayuan2 Dana berperingkat, info2 mengenainya ada tersimpan dan di archive di link DermaSurauSMSJ.blogspot.com
.

Video Sempena Majlis Surau Al-Ihsan SMSJ pada 14 Ramadhan 1435H

Tahniah kepada Pasukan SJ Films (pelajar2 SMSJ) yang membuat rakaman ini.

Amiin Ya Rabbal 'Aalamiin di atas doa Warga SMSJ.

Semoga semua cemerlang di dunia dan di akhirat.



Video Temuduga oleh Johor Times



Gambar Majlis Surah Al-Ihsan pada 12 Julai 2014

Beberapa gambar majlis untuk tatapan di bawah ini. Gambar2 lain akan dimuatnaik kemudian. Boleh juga melihat gambar2 majlis di album Facebook Mohd Zaini Omar

Gambar2 Surau Al-Ihsan sepanjang pembinaan dan selepas siap, sila klik sini.
.

.

.

.


Mesej Selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Surau Al-Ihsan SMSJ

[daripada Facebook Kak Noryn]

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Tak dapat digambarkan betapa bahagianya hati ini... tak terkata... hanya ucapan syukur, syukur, syukur alhamdulillah yang mampu dipanjatkan kepada Allah SWT dengan keizinanNya terhadap Majlis Penyerahan & Perasmian Surau Al-Ihsan SMSJ yang telah berjalan dengan lancar dan penuh dengan keceriaan dari mula majlis bermula hingga ke acara solat tarawikh dan berakhir dengan jamuan hidangan moreh malam tadi.

Saya bagi pihak Task Force Projek Surau Al-Ihsan SMSJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Penaung Projek Surau Al-Ihsan SMSJ (yang telah menyempurna dan merasmikan majlis), tetamu-tetamu kehormat, Pengetua SMSJ serta guru-guru, PIBG dan pelajar-pelajar, mantan Presiden dan Penasihat AJK Surau, tetamu-tetamu SAJOHA dan akhir sekali seluruh Task Force Projek Al-Ihsan SMSJ (terkini dan terdahulu) yang hadir mengimarahkan, memeriahkan dan menyerikan majlis kita itu. Aamiin 3x yaa rabbal 'alamiin juga untuk majlis-majlis yang seterusnya di masa-masa yang akan datang...

Sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kesemua penyumbang-penyumbang dana, juga secara ihsan, infra/barang-barang/peralatan dan kesemua sumbangan-sumbangan yang telah memungkinkan persekitaran surau kini berubah wajah dan kelihatan luas mata memandang. Jika dulu hanya boleh memuatkan sehingga 500 orang sahaja, ruang solat kini sudah boleh memuatkan lebih dari 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Ini tidak termasuk lagi ruang patio kiri dan kanan serta anjung di luar jika perlu digunakan. Tempat wudhuk luas dan lumayan. Di tempat wuduk dan bilik air sudah ada 96 buah pili yang boleh digunakan secara serentak. Tangki air sudah ada 3 buah sekarang yang dapat menampung keperluan pengguna-pengguna surau. Pagar baru kelihatan kemas dan cantik. Rumput yang ditanam pun sudah mulai menghijau, terdampar sejuk mata memandang. Persekitaran dalaman Surau juga telah diperkemaskan dan kelihatan lebih ceria dengan kemasan-kemasan seperti cabinet-cabinet, lampu-lampu dinding, kipas-kipas dan lain-lain peralatan dan barangan lagi. Terima kasih kepada kesemua Task Force Projek Surau yang telah berdekasi dan komited serta telah bertungkus-lumus mengusahakannya. Alhamdulillah...

Ada beberapa pihak (batch dan individu) yang telah menghulurkan kepada saya cek dan wang tunai malam tadi untuk saya masukkan ke dalam akaun Surau, kesemuanya berjumlah RM6,400. Saya dimaklumkan bahawa ada beberapa sumbangan lagi yang akan diberikan dalam masa yang terdekat ini. Sememangnya kita pun ingin mengejar fadhilat dan ganjaran berganda di bulan Ramadhan ini. Atas permintaan ramai dan beberapa pihak, Akaun Surau akan terus dibuka dan di "maintain" untuk keperluan-keperluan Surau yang berikutnya dari masa ke semasa. Bagi pihak Projek Surau, ucapan ribuan terima kasih kepada kesemua yang menyumbang.

Walaupun pada dasarnya Surau telah diserahkan, akan tetapi Pengetua dan pihak sekolah semalam ada memohon jasa-baik Task Force Projek Surau untuk membantu melengkapkan beberapa peralatan dan keperluan Surau serta membaik-pulih persekitaran Surau (sedikit sahaja), seperti pembelian kipas helicopter, pa system dan peralatan pa yang lebih baik, memperbaiki tangga/apron/skirting, membeli cabinet tambahan dll. Pada saya itu hanyalah sedikit effort sahaja (insy itu adalah v. minor) jika nak dibandingkan dengan segala dugaan dan usaha selama 5 tahun itu. Maka saya telah berbincang dengan Task Force Projek Surau semalam dan kita telah sebulat suara bersetuju untuk meneruskan perjuangan dan contribution kita kepada Surau Al-Ihsan SMSJ dan sekolah kita itu. Mudah-mudahan dipermudahkan usaha-usaha kami ini. Aamiin!

Hanya nak share sahaja... Selepas majlis Solat Tarawikh-Witir malam tadi, ada beberapa pelajar lelaki dan perempuan (anak-anak kita) yang datang berjumpa dengan saya, terutamanya pelajar-pelajar perempuan. Semasa bersalaman dengan saya, mereka menyatakan sambil menangis di bahu saya "Berakhir sudah suatu penantian!". Seakan-akan bunyi sebuah sajak pula. Seorang menangis, yang lain juga turut menangis sama. Mereka berterima kasih kepada kita kerana telah menyediakan sebuah surau yang lebih kondusif dan selesa untuk mereka kini dapat beribadah dengan lebih baik lagi. Tergamam dan rasa sebak mendengarnya! Menitis jugak akhirnya airmata yang cuba di tahan-tahankan itu! Mereka juga berjanji akan menjaga keharmonian surau tersebut dan ada pula yang mengatakan teringin juga nak contribute kepada sekolah pada satu masa nanti. Aamiin, mudah-mudahan!

Mungkin juga sesekali kita boleh melakukan reunion bersama-sama lagi, secara keagamaan dan ilmiah pula di Surau Al-Ihsan SMSJ. Apa salahnya kan? Just let me know. Nanti saya rundingkan dengan pihak sekolah.

Saya sedang di dalam proses mengumpulkan bahan-bahan multimedia dan foto-foto Majlis Surau semalam dari pelbagai sumber untuk di uploadkan ke Blog Surau. Ianya masih lagi di dalam proses editing oleh sumber-sumber tersebut. InsyaAllah akan dilakukan seberapa segera yang boleh.

Gambar kenang-kenangan (sumbangan ihsan Saudara Ary) yang disertakan ini diambil sejurus sahaja Majlis Surau disebelah petang berakhir. Bersama-sama dengan YB DAM.

Sekian lah sahaja perkhabaran Surau Al-Ihsan SMSJ buat kali ini. Salam Ramadhan kepada semua.

Dengan ingatan tulus ikhlas,
Noraini Mohd Yusof (Noryn Yusof)
b/p Task Force Projek Surau Al-Ihsan SMSJ
 — with Ahmad Ridza Bukhari