Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga SAJOHA!
Rayuan
Fasa ke-4 telah pun tamat. Jutaan terima
kasih diucapkan ke atas bantuan dan keperihatinan tuan-tuan untuk kesemua sumbangan/derma/wakaf
di dalam usaha membantu melengkapkan keperluan Surau sekolah kita. Hanya Allah sahaja yang amat mampu dan Maha
Membalas segala kebaikan dan keperihatinan tuan-tuan sekelian. Semuga Allah merahmati dan memberkati pemberian-pemberian
itu. Amin!
Dukacita dan
dengan rasa berat hati, saya bagi pihak Jawatankuasa Projek Surau ingin
melapurkan di sini bahawa surau sekolah kita masih tidak dapat dirasmikan lagi
pada awal bulan Julai 2013 ini seperti yang kita harap-harapkan (iaitu sebelum
bermulanya bulan Ramadhan) oleh kerana pembinaan dan pembesaran surau masih
tidak dapat disiapkan oleh pihak kontraktor.
Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas Teknikal antara Technical
Task Force Projek Surau dengan kontraktor surau telah diadakan beberapa hari
yang lalu, iaitu pada hari Ahad, 23hb Jun 2013.
Daripada mesyuarat itu, banyak perkara-perkara teknikal telah disentuh dan
dikenalpasti, termasuklah perkara-perkara yang boleh menyebabkan kelewatan
surau itu siap pada tarikh yang dipersetujui sebulan lebih yang lalu.
Walaubagaimanapun,
pihak Technical Task Force telah mengarahkan kontraktor surau untuk menyiapkan
beberapa tugasan berlandaskan kepada ”immediate contingency plan” supaya surau
sedia ada dapat disiapkan dan diperkemaskan dengan segera untuk kegunaan solat
tarawikh oleh pelajar-pelajar dan guru-guru di bulan Ramadhan ini. Manakala surau tambahan akan terus disiapkan
pada waktu siang dan ruang itu akan disekat daripada penglihatan
pengguna-pengguna surau sedia ada dengan ”plywood partition”.
Ingin dimaklumkan
di sini bahawa rayuan dana sumbangan akan diteruskan disepanjang bulan Ramadhan ini sehingga siapnya surau itu beberapa
bulan daripada sekarang, Insyallah.
Surau masih lagi memerlukan sumbangan dan keperihatinan tuan/puan kerana
dananya yang masih belum mencukupi lagi untuk menyiapkan 5 perkara di dalam Contribution List yang dipaparkan (untuk melihat Google Doc format, klik di sini).
Untuk makluman tuan/puan, buat masa ini, kesemua
sumbangan wang tunai yang telah dimasukkan ke dalam Akaun Dana Surau di BIMB
tidak akan dipaparkan di blog ini buat sementara waktu. Bagi mereka yang
telah menyumbang dan ingin menyemak samada sumbangan mereka telah diterima oleh
BIMB, bolehlah menghantar email kepada kami dengan memberikan details deposit
tuan/puan, beserta dengan scanned deposit slip. Pihak kami akan menyemak
sumbangan tuan/puan itu dengan pihak bank pula nanti.
Hanya Allah sahaja
yang mampu memberikan ganjaran rahmat dan pahala yang berlipat-ganda serta
keberkatan terhadap kebaikan dan ketulusan hati anda sekelian. Amin 3X!
Untuk pertanyaan dan wakaf barangan, sila hubungi:
Noraini Mohd Yusof / Noryn
ph: 013-3581933 / 013-3956789
norainimyusof@yahoo.com.my, norynnmyusof@gmail.com
Haizad Ibrahim
ph = 019-3273 074
haizad@yahoo.com
Md. Nazri Safar
ph = 019-3341 297
ayex75@yahoo.com
Alimor Sipon
ph = 019-3868 642
alimorsipon@yahoo.com
Syed Zakaria Syed Mohamed
ph = 012 313 2134
abah1963@yahoo.com
Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 141 800 1000 7685
Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)
Noraini Mohd Yusof / Noryn
ph: 013-3581933 / 013-3956789
norainimyusof@yahoo.com.my, norynnmyusof@gmail.com
Haizad Ibrahim
ph = 019-3273 074
haizad@yahoo.com
Md. Nazri Safar
ph = 019-3341 297
ayex75@yahoo.com
Alimor Sipon
ph = 019-3868 642
alimorsipon@yahoo.com
Syed Zakaria Syed Mohamed
ph = 012 313 2134
abah1963@yahoo.com
Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 141 800 1000 7685
Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)
Disediakan oleh :
Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ
26 Jun 2013
No comments:
Post a Comment