Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga SAJOHA!
Bersua kita semula di halaman ini pada dua pertiga bulan Ramadhan 1434H di tahun 2013 ini dengan semangat baru, suatu semangat yang kita harapkan akan membuahkan hasilnya kali ini.
Surau sekarang di dalam perjalanan untuk disiapkan. Sebelum ini, terdapatnya kemelut dan situasi pembinaan Surau yang terlalu lewat disiapkan, malah lebih tepat dikatakan sebagai ”tidak dapat disiapkan”. Seperti yang Dato’ Presiden pernah kata ”ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak”. Situasi ini adalah amat kompleks kerana kita semua adalah daripada satu keluarga, iaitu keluarga SAJOHA. Kedua-dua Client dan Contractor adalah juga dari kalangan Sajohans. Namun dengan berkat usaha, doa dan saling memahami kerumitan dan dilemma yang dialami terutama oleh pihak kita, maka kita telah dapat meleraikan keadaan yang agak runcing itu. Di pihak kita pula, ada suatu matlamat dan objektif yang perlu kita capai, iaitu menyiapkan pembinaan Surau itu secepat mungkin untuk kegunaan pelajar-pelajar yang sedang menanti untuk menggunakannya.
Untuk status terkini pembinaan Surau, klik di sini.
Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada YBhg Dato’ Presiden di atas involvement dan sokongan padu beliau. Ucapan terima kasih saya juga kepada ”Consulting” QS baru (yang sebenarnya juga merupakan ahli Task Force Projek Surau yang asal) yang telah banyak memberikan komitmen yang jitu sehingga dapat meneliti perihal kos-kos pembinaan yang sewajarnya, dan juga telah berusaha untuk ”execute” contractual agreement antara SAJOHA dengan kontraktor-kontraktor yang terbabit. Terima kasih juga kepada Site Manager yang apabila diminta tolong, akan bergegas tanpa berlengah dan terus sahaja ke tapak Surau untuk meneliti situasi Surau pada ketika itu. Dan tak lupa ucapan terima kasih saya kepada Task Force Projek Surau yang terlibat di dalam memberi sokongan dan sumbangan terhadap Projek Surau secara keseluruhannya. Mudah-mudahan dengan kerjasama dan persepakatan kita, projek ini akan dapat disiapkan seperti yang dikehendaki.
Penerangan serba-sedikit akan saya kongsikan di sini sebagai lapuran kepada warga SAJOHA, khususnya kepada para penyumbang-penyumbang Dana Surau dan juga penyumbang-penyumbang infra/peralatan/barangan untuk kegunaan Surau setelah siapnya kelak. Buat masa ini, perjanjian (contract/agreement) 3 hala dalam bentuk Novation Agreement akan dilaksanakan oleh pihak SAJOHA - Kontraktor Lama - Kontraktor Baru. Dalam perjanjian ini, Kontraktor Baru akan mengambil alih dan meneruskan tugas-tugas dan kerja-kerja pembinaan Kontaktor Lama. Pihak kita akan menilai semua kerja-kerja termasuklah kerja-kerja yang melibatkan VO tambahan yang telah dilaksanakan di tapak Surau.
Kontraktor Baru telah diarahkan supaya tidak menerima arahan dari mana-mana pihak selain daripada arahan bertulis dari Projek Surau dan Pegawai Penguasa SAJOHA. Kontraktor Baru juga telah diberitahu supaya secara serius menyiapkan pembinaan Surau tersebut sebelum minggu keempat bulan September 2013 kerana surau sementara (Dewan Besar) akan digunakan untuk peperiksaan. Peperiksaan PMR akan bermula pada bulan Oktober 2013.
Rayuan Fasa ke-5 telah pun berlalu. Namun, terdapat individu-individu dan batch-batch alumni SMSJ yang menyatakan hasrat hati mereka ingin memberikan sumbangan kepada Surau, serta meminta agar Rayuan Dana ini dibuka semula. Disamping itu pula, Surau masih lagi memerlukan sumbangan dan keperihatinan tuan/puan kerana dananya yang masih belum mencukupi lagi untuk menyiapkan pembinaan Surau seterusnya dan juga untuk membiayai VO-VO yang harus ditanggung.
Ingin dimaklumkan di sini bahawa rayuan dana sumbangan akan diteruskan di sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga siapnya surau itu iaitu beberapa bulan dari sekarang, insyaAllah.
Bagi yang telah menyumbang dahulu dan dalam masa yang terdekat ini, jutaan terima kasih diucapkan ke atas bantuan dan keperihatinan anda semua. Hanya Allah sahaja yang Maha Membalas dan memberikan rahmat ke atas segala kebaikan, keperihatinan dan ketulusan tuan-tuan sekelian. Amin 3X!
* Sayugia dimaklumkan sekali lagi bahawa dana Surau di BIMB tidak akan dipaparkan di blog ini buat sementara waktu. Ini adalah untuk menjaga keharmonian dan keselamatan sumbangan tuan/puan tersebut. Kami hanya akan paparkan kesemua sumbangan-sumbangan dan jumlah kesemuanya/ keseluruhannya apabila tiba pada waktu yang sesuai kelak.
* Bagi mereka yang telah menyumbang dan ingin menyemak samada sumbangan mereka telah diterima oleh Akaun Surau di BIMB, bolehlah menghantar email kepada kami dengan memberikan details deposit tuan/puan, beserta dengan scanned deposit slip. Pihak kami akan menyemak sumbangan tuan/puan itu dengan pihak bank pula nanti.
* Untuk sebarang pertanyaan, derma tunai dan wakaf barangan, sila hubungi kami dan maklumkan nama penuh dan contacts details. Jika ingin remain anonymous, identiti tuan/puan akan dirahsiakan sepenuhnya oleh pihak kami. Namun kami perlukan details tersebut untuk rekod kami.
* Senarai terkini Wakaf Barangan, klik di sini (Google Doc).
Pihak kami akan memberitahu apabila telah kian hampir dengan tarikh perasmian nanti untuk membuat perancangan berkenaan dengan penghantaran dan pemasangan peralatan/barangan tersebut.
Kami ingin merayu agar warga SAJOHA, warga SMSJ dan penyumbang-penyumbang dapat terus menderma serta mendoakan kesejahteraan pembinaan Surau sekolah kita ini, dan muga-muga perjalanannya lancar serta mencapai matlamatnya. Amin!
Rebutlah pahala yang berlipat-ganda disamping menjalani ibadah puasa, terutama pada 10 hari/malam terakhir di bulan Ramadhan ini.
Salam takzim dan terima kasih.
Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 141 800 1000 7685
Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)
Untuk pertanyaan dan wakaf barangan, sila hubungi:
Noraini Mohd Yusof / Noryn
ph: 013-3581933 / 013-3956789
norainimyusof@yahoo.com.my, norynnmyusof@gmail.com
Haizad Ibrahim
ph = 019-3273 074
haizad@yahoo.com
Md. Nazri Safar
ph = 019-3341 297
ayex75@yahoo.com
Syed Zakaria Syed Mohamed
ph = 012 313 2134
abah1963@yahoo.com
Disediakan oleh :
Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ
28 Julai 2013, Ahad
No comments:
Post a Comment