Gambar Barang2 Sumbangan Di Surau Al-Ihsan, SMSJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada :

Warga SAJOHA dan Penyumbang-Penyumbang Surau Al-Ihsan SMSJ.

Disertakan gambar-gambar barang-barang sumbangan dari para penyumbang-penyumbang (seperti yang tertera di dalam carta barang-barang sumbangan yang telah dikongsikan di dalam mesej-mesej yang lalu di Blog Surau ini) untuk makluman tuan/puan. Barang-barangan ini telah berada di Surau Al-Ihsan SMSJ, telah diatur dan diperkemaskan.

Barang-barang sumbangan tersebut adalah :

A. Peralatan dan Infra
1.  Kipas-kipas siling (14 buah)
2.  Kipas-kipas dinding (8 buah)
3.  Lampu-lampu dinding dalaman (16 buah) - ditempah khas oleh Task Force
4.  Lampu-lampu dinding luaran (10 buah) - ditempah khas oleh Task Force
5.  Cabinet-cabinet yang ditempah (2 buah - di ruang solat lelaki & perempuan) - ditempah khas oleh Task Force
6.  Penyidai telekung ( 1 buah di ruang solat perempuan sahaja)
7.  Cermin muka (2 buah - di ruang solat perempuan sahaja)
8.  Tingkap kaca sliding (6 buah di ruang solat sediada)
9.  Pintu kaca sliding (4 buah di ruang solat sediada)
10. Langsir (tingkap)
11. Tirai pemisah (antara ruang solat lelaki & perempuan)
12. Carpet (meliputi ruang solat)
13. Water dispenser (2 buah - di kawasan tempat wudhuk lelaki & perempuan)

B. Bahan bacaan (dari pelbagai sumber/penyumbang) - dibahagikan kepada ruang solat lelaki dan perempuan melainkan telekung yang diletakkan di ruang solat perempuan
1. Al-Quran
2. Al-Quran Terjemahan 
3. Al-Quran Tafsir 
4. Surah Yaasiin 
5. Telekung
6. Sejadah
7. Rehal
8. Rehal meja

Sila ambil perhatian jika tuan/puan adalah penyumbang barang-barangan tersebut.  Kami di Task Force mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian tuan/puan menyumbang dan menceriakan serta menyerikan lagi suasana surau sekolah kita.

Jika ingin menyumbang lagi atau jika ada penyumbang baru yang ingin menyumbang, sila lah hubungi pihak secretariat Projek Surau secepat mungkin untuk sebarang perancangan.

Majlis Penyerahan dan Perasmian Surau Al-Ihsan SMSJ akan diadakan pada 12hb Julai 2014
.

Terima kasih sekali lagi.

Salam,
Pengerusi dan Pengarah Projek Surau Al-Ihsan SMSJ
b/p Task Force Projek Surau Al-Ihsan SMSJ

No comments:

Post a Comment