Majlis Perasmian Surau Al-Ihsan, SMSJ pada Sabtu, 12 Julai 2014

Dengan penuh hormatnya, saya mewakili Task Force Projek Surau Al-Ihsan SMSJ (SAJOHA) dan SMSJ serta PIBG, dengan penuh takzimnya menjemput penyumbang-penyumbang Surau dan Warga SAJOHA ke Majlis Penyerahan dan Perasmian Surau Al-Ihsan SMSJ:

Tarikh:  12hb Julai 2014 (Sabtu) bersamaan 14 Ramadhan 1435 Hijrah
Waktu:  5.00 petang –11.00 malam
Tempat:  Surau Al-Ihsan, Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang, Johor

Disempurna dan dirasmikan oleh:
YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia
(Penaung Projek Surau Al-Ihsan SMSJ)

AturcaraMajlis yang terperinci dilampirkan bersama-sama dengan surat jemputan ini. Sayugia dimaklumkan, sasaran kehadiran adalah dari kalangan tetamu-tetamu khas majlis, penyumbang-penyumbang Surau, warga SAJOHA, wakil-wakil dari PIBG, guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Johor.

Doa kita agar majlis ini akan diberikan kemudahan di dalam urusannya, serta mendapat ganjaran, keberkatan dan limpahan rahmat dari Allah SWT jua. Semuga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan mengimarahkan dan menyerikan lagi majlis kita di bulan Ramadhan Kareem yang mulia ini.

Aamiin, aamiin, aamiin ya rabbalalamiin!
Salam ”BUDI KARYA BAKTI”.

Sekian, terima kasih.
Yang benar
Noryn Yusof   
NORAINI BINTI MOHD YUSOF (NORYN)
Pengerusi & Pengarah Projek                    

Projek Surau Al-Ihsan SMSJ (SAJOHA)

Nota :
Sila berikan butir-butir kehadiran tuan-tuan dan puan-puan (RSVP) kepada Urusetia sebelum 6hb Julai 2014 (Ahad).   Bilangan kehadiran ini diperlukan oleh pihak sekolah

Nazri      :  ayex75@yahoo.com;  ayex75@gmail.com
Haizad   :  haizad@yahoo.com




No comments:

Post a Comment