Projek Surau: maklumat terkini 26 Januari 2011

Salam hormat & salam sejahtera kepada Warga SAJOHA!

Untuk makluman sekelian, pihak kita, iaitu Dato’ Presiden dan Surau Task Force telah bermesyuarat dengan Pengetua baru SMSJ dan juga guru-guru sekolah yang terlibat dengan Projek Surau pada hari Ahad yang lalu, 23 Januari 2011, bertempat di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang, Johor.

Update terkini Projek Surau ialah :

1. Pihak sekolah memohon agar SAJOHA membantu sekolah menyediakan keperluan surau yang sedia ada dengan beberapa kelengkapan tambahan yang kritikal seperti bilik air, tempat wudhuk, sebuah tangki air dan juga saluran paip air. Anggaran kasar untuk keperluan-keperluan tersebut ialah lebih kurang RM20,000. Walaubagaimanapun kita akan menunggu costing yang lengkap dahulu daripada pihak sekolah. Tiada sebarang pembinaan tambahan (atau aktiviti pembesaran surau) akan dilakukan terhadap bangunan surau sedia ada. Hanya keperluan-keperluan kritikal yang telah disebutkan di atas sahaja yang akan dibekalkan kepada surau tersebut.

2. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SAJOHA di atas segala usaha-usaha pungutan sumbangan dana untuk Projek Surau yang telah diusahakan oleh kita sehingga kini. Kedua belah pihak telah bersetuju agar SAJOHA membantu pembinaan Surau baru dari segi dana. Pihak sekolah juga terpanggil untuk membantu perlaksanaan pembinaan Surau baru tersebut. Ini termasuklah kerja-kerja layout plan Arkitek, Civil & Structural, QS, M&E, pemanggilan tender, kontraktor dan apa jua yang berkaitan dengan pembinaan Surau baru tersebut, dan ianya akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Namun pemantauan akan dilakukan juga oleh pihak Surau Task Force kerana kita akan meletakkan beberapa orang wakil-wakil kita di dalam Jawatankuasa Surau mereka. Untuk tujuan pembinaan Surau yang baru itu, mereka akan meminta kelulusan daripada SBP dan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi.

SAJOHA akan melepaskan dana daripada Akaun Surau kepada sekolah secara progress payment dan setelah progress reports & status updates di terima daripada pihak sekolah dari masa ke semasa. Begitu juga SAJOHA dengan pihak ICU JPM. SAJOHA akan memberikan laporan kepada ICU (berdasarkan kepada laporan yang di terima daripada sekolah) kerana ICU akan menyalurkan dana berjumlah RM100K itu kepada Akaun Surau sahaja (yang dikendalikan oleh SAJOHA), dan bukannya kepada SMSJ secara direct.

Perkembangan yang seterusnya serta kertas kerja akan disediakan oleh pihak sekolah setelah mereka berbincang dengan SBP dan Kementerian Pelajaran. Kita mendoakan agar mereka akan mendapat persetujuan dan kelulusan daripada jabatan-jabatan tersebut secepat mungkin. Mesyuarat tersebut akan diadakan di dalam masa yang terdekat selepas perayaan Raya Cina ini.

Untuk makluman. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Noryn Yusof
b/p SAJOHA & Surau Task Force
.

No comments:

Post a Comment