Showing posts with label Maklumat Projek. Show all posts
Showing posts with label Maklumat Projek. Show all posts

Status Projek dan Rayuan Dana Fasa ke-4 : 22 Mei 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga SAJOHA!

Rayuan Fasa ke-3 telah tamat beberapa hari yang lalu.  Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan ke atas bantuan dan keperihatinan tuan-tuan untuk kesemua sumbangan/derma/wakaf di dalam usaha membantu melengkapkan keperluan Surau sekolah kita.  Hanya Allah sahaja yang amat mampu dan Maha Membalas segala kebaikan dan keperihatinan tuan-tuan sekelian.  Semuga Allah merahmati dan memberkati pemberian-pemberian itu.  Amin!

Saya ingin melapurkan jumlah infra/peralatan/barangan dan wang tunai yang kita telah terima setakat ini.  Boleh dikatakan banyak keperluan surau telahpun dapat dikumpulkan dari tuan-tuan, melainkan beberapa perkara seperti di bawah ini :

Peralatan serta barangan di dalam Surau :
a.     Karpet bersaf yang memerlukan wang sebanyak RM37,600

b.    Cat dinding luaran surau sedia ada, cat dalaman surau sedia ada dan cat bumbung surau sedia ada RM19,000

c.     Sejadah khas – seberapa banyak yang boleh

d.    Telekung – seberapa banyak yang boleh

e.    Surah Yassin – seberapa banyak yang boleh

f.     Al-Quran terjemahan/tafsir – seberapa banyak yang boleh

g.    Rehal – seberapa banyak yang boleh

h.    Tasbih – seberapa banyak yang boleh
Infra serta pembinaan di luar Surau :
a.     Bahan-bahan seperti ”sheet piles”. Pihak kami akan menerima jika tuan-tuan yang mempunyai sheet piles yang telah dipakai (used) yang ingin menyumbangkan bahan-bahan tersebut, asalkan ianya berada di dalam keadaan yang boleh digunakan semula.  Surau juga mungkin perlukan ”retaining wall” jika keadaan tanah dan cerun memerlukannya.

b.    Asas konkrit untuk pagar ”chainlink” dan kerja menebang 2 batang pokok dan semak-samun.  Keadaan pagar sedia ada telah rosak dan perlu diperbaiki.

c.     Lantai konkrit ”apron” untuk menggantikan ”apron’ yang telah pecah dan rosak di bahagian hadapan Surau (berdekatan dengan Imam) iaitu di tepi pagar.

d.    Laluan 27’ X 8’ berbumbung genting dengan 4 tiang dan lantai konkrit dari pagar ke Surau. 

e.    Tempat wudhu’ lelaki tambahan di pintu masuk lelaki.  Ini adalah keperluan tambahan yang perlu diadakan.
Oleh kerana pihak kita masih kekurangan wang dana dari segi melengkapkan keperluan-keperluan tersebut, kami sekali lagi ingin merayu kepada mana-mana pihak yang sudi menampung kos membeli kelengkapan dan keperluan surau yang telah disebutkan di atas tadi.  Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada dana terkumpul surau di Akaun Surau seperti yang tertera di penghujung lapuran ini.

Perasmian Surau
Pada hari Ahad yang lalu (19 Mei 2013), mesyuarat ke-4 dan lawatan ke tapak telah dijalankan untuk melihat perkembangan terkini dan progres pembinaan surau.  Terdapat isu-isu dan masalah-masalah pembinaan yang terpaksa Technical Task Force Surau hadapi dan laluinya.  Oleh sebab itu, maka tarikh Majlis Perasmian Surau terpaksa kita enjakkan daripada 24h Mei 2013 kepada satu tarikh yang lain.  Namun sebagai pemegang amanah, kami tidak mahu berputus asa dan akan terus berjuang dan menjalankan tangggungjawab kami untuk memastikan surau sekolah kita siap sempurna dan akhirnya dapat dirasmikan seperti yang kita impi-impikan. 

Apa yang kami doa dan harapkan ialah surau tersebut dapat disiapkan dan dirasmikan pada akhir bulan Jun 2013 dan sebelum bermulanya bulan Ramadhan pada tahun ini.  Kami menyeru kepada anda semua agar turut sama memberi sokongan moral dan semangat, serta turut sama mendoakan semuga surau sekolah kita dapat disiapkan pembinaannya secepat mungkin seperti yang diharap-harapkan.

Rayuan Dana Sumbangan
Berbalik kepada rayuan dana, Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ masih lagi ingin merayu dan mengharapkan agar sumbangan terus-terusan dapat disalurkan demi meneruskan dan menyiapkan keperluan surau tersebut untuk anak-anak dan adik-adik sekolah kita yang sedang menanti untuk menggunakan surau tersebut.

Tarikh tutup Rayuan Dana & Sumbangan Fasa ke-4 ini kami sasarkan pada 31hb Mei 2013 (Jumaat) kerana pihak kami juga harus membuat tempahan untuk mendapatkan peralatan dan barangan tersebut.  Untuk memudahkan lagi perjalanan akaun dan mengenalpasti sumbangan itu adalah untuk surau, silalah letakkan tujuan deposit sebagai ”Dana Sumbangan untuk Surau” dan kami berharap penyumbang-penyumbang tersebut dapat menghubungi kami sebelum atau sejurus sesudah menyumbang untuk memudahkan lagi kerja-kerja akaun kami.

Semuga Allah memberikan ganjaran rahmat dan pahala yang berlipat-ganda serta keberkatan terhadap kebaikan dan ketulusan hati anda sekelian.  Amin 3X!

Untuk pertanyaan dan wakaf barangan, sila hubungi:

    Noraini Mohd Yusof / Noryn
    ph: 013-3581933 / 013-3956789
    norainimyusof@yahoo.com.my, norynnmyusof@gmail.com

    Haizad Ibrahim
    ph = 019-3273 074
    haizad@yahoo.com

    Md. Nazri Safar
    ph = 019-3341 297
    ayex75@yahoo.com

    Alimor Sipon
    ph = 019-3868 642
    alimorsipon@yahoo.com

    Syed Zakaria Syed Mohamed
    ph = 012 313 2134
    abah1963@yahoo.com

 Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:

    Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

    No. Akaun: 141 800 1000 7685

    Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)

Disediakan oleh :
Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ
22 Mei 2013

Status Projek dan Rayuan Sumbangan - 12 Mei 2013

Assalamualaikum Warga SAJOHA! Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca lapuran ini.  Rayuan Fasa ke-2 telah tamat hari ini.

Sekali lagi, pihak Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih  di atas kerjasama dan sambutan bersemangat yang agak luar biasa dari pihak tuan-tuan sekelian untuk menyumbang/menderma/wakaf di dalam usaha membantu melengkapkan keperluan di dalam Surau sekolah kita itu.  Semuga Allah memberikan ganjaran pahala dan keberkatan serta rahmat dariNya untuk kesemua sumbangan-sumbangan tuan-tuan itu.

Pada hari Sabtu lepas, iaitu pada 11hb Mei 2013, Technical Task Force Projek Surau telah bermesyuarat buat kali ke-3 dan melawat tapak Surau untuk melihat perkembangan dan perjalanan Projek Surau.  Kemajuan projek adalah semakin baik dan berjalan lebih lancar.

Namun ingin dilapurkan di sini bahawa daripada mesyuarat tersebut, kami mendapati ada beberapa perkara yang harus kita utamakan dan disegerakan dahulu untuk mempastikan Surau dapat digunakan dengan lancar dan di dalam keadaan yang kondusif.  Surau sekolah kita itu adalah bangunan yang agak lama, di bina di atas bukit yang tidak begitu besar keluasannya.  Banyak bahagian Surau yang telah rosak dan harus diperbaiki.

Himpunan dana yang kita berjaya kumpulkan sejak Malam Amal dulu, dan juga dengan sumbangan dari ICU (Jabatan Perdana Menteri) sebanyak RM100,000 rupa-rupanya masih tidak mencukupi.  Wang dana yang ada hanyalah untuk menampung kos pembinaan(pembesaran) sahaja.  Kita berdikit-dikit dan amat berjaga-jaga serta menyimpan wang itu dengan sebaik-baiknya, kerana ia adalah amanah Warga SAJOHA sekelian, serta amanah penyumbang-penyumbangnya yang lain juga, termasuklah dari badan-badan korporat dan individu-individu.

Apa yang agak menyedihkan dan merunsingkan ialah kita juga harus memperbaki dan menampung keadaan di sekeliling Surau yang sudah agak dhaif dan rosak-rosak seperti ”apron”, pagar, laluan pejalan kaki berbumbung dan sebagainya.  Kita juga bimbang tentang keadaan di lereng bukit apabila Surau itu siap kelak.  Jadi untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, pihak Technical Task Force telah sepakat untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan ”preventive action” seperti memasang ”sheet piles” dan juga bersedia jika lereng bukit tersebut memerlukan ”retaining wall”.

Namun, untuk memperbaiki keadaan persekitaran Surau dan untuk meneruskan pelan tindakan itu, kita kekurangan dari segi kewangan pula kerana kewangan kita hanya mencukupi untuk menampung kos pembinaan(pembesaran) sahaja.  Kami merayu kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam bidang Industri Pembinaan (atau pun sesiapa jua) untuk tampil membantu kami di dalam melaksanakan tugas-tugas ini, samada dari segi kewangan ataupun dari segi materials.

Disenaraikan di bawah ini keperluan-keperluan utama (No.1) yang menjadi keutamaan di masa ini. Namun keperluan ke-2 (No.2) masih juga diperlukan kerana Surau masih lagi kekurangan keperluan-keperluan tersebut.

(1)   Infra dan pembinaan di luar surau :
a.    Bahan-bahan seperti ”sheet piles”. Pihak kami akan menerima jika tuan-tuan yang mempunyai sheet piles yang telah dipakai (used) yang ingin menyumbangkan bahan-bahan tersebut, asalkan ianya berada di dalam keadaan yang boleh digunakan semula.  Surau juga mungkin perlukan ”retaining wall” jika keadaan tanah dan cerun memerlukannya.

b.    Asas konkrit untuk pagar ”chainlink” dan kerja menebang 2 batang pokok dan semak-samun.  Keadaan pagar sedia ada telah rosak dan perlu diperbaiki.

c.    Lantai konkrit ”apron” untuk menggantikan ”apron’ yang telah pecah dan rosak di bahagian hadapan Surau (berdekatan dengan Imam) iaitu di tepi pagar.

d.    Laluan 27’ X 8’ berbumbung genting dengan 4 tiang dan lantai konkrit dari pagar ke Surau.

e.    Tempat wudhu’ lelaki tambahan di pintu masuk lelaki.  Ini adalah keperluan tambahan yang perlu diadakan. 
(2)  Peralatan serta barangan di dalam Surau :
a.    Karpet bersaf yang kita perlukan RM11,000 lagi untuk membelinya.

b.    Lampu (wall lights) kita perlukan RM3,500 lagi.

c.    Sejadah khas (untuk VIP/tetamu kehormat) – seberapa banyak.

d.    Telekung – seberapa banyak.

e.    Surah Yassin – seberapa banyak.

f.     Al-Quran terjemahan/tafsiran – seberapa banyak.

g.    Rehal – seberapa banyak.

h.    Water dispenser 2 unit (untuk pelajar lelaki dan perempuan), memadai yang sejuk sahaja. Bagi sesiapa yang menjadi distributor/dealer/agent yang ingin menyumbang, sila beritahu pihak kami.
Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ masih ingin merayu sekali lagi kepada warga SAJOHA yang ingin menyumbang dan menderma atau mewakafkan keperluan-keperluan No.1 dan No.2 (sila lihat kepada Contribution List di atas).

Tarikh tutup Rayuan Dana dan Sumbangan Fasa ke-3 ini ialah 19hb Mei 2013 (Ahad).

Tarikh Surau dijangka siap telah dienjakkan kepada 20hb Mei 2013.

Tarikh Majlis Perasmian Surau di jangka akan diadakan pada 24hb Mei 2013, jika Majlis Perasmian ini diizinkan oleh Allah. InsyaAllah dan mudah-mudahan!

Semuga Allah memberikan ganjaran rahmat dan pahala yang berlipat-ganda serta keberkatan terhadap kebaikan dan ketulusan hati anda sekelian.  Amin 3X!

Untuk pertanyaan dan wakaf barangan, sila hubungi:

    Noraini Mohd Yusof / Noryn
    ph: 013-3581933 / 013-3956789
    norainimyusof@yahoo.com.my, norynnmyusof@gmail.com

    Haizad Ibrahim
    ph = 019-3273 074
    haizad@yahoo.com

    Md. Nazri Safar
    ph = 019-3341 297
    ayex75@yahoo.com

    Alimor Sipon
    ph = 019-3868 642
    alimorsipon@yahoo.com

    Syed Zakaria Syed Mohamed
    ph = 012 313 2134
    abah1963@yahoo.com

 Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:

    Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

    No. Akaun: 141 800 1000 7685

    Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)

Disediakan oleh :

Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau SMSJ
12 Mei 2013

Lampiran 12 Mei 2013: Foto Terkini


.

Laporan Projek Surau: 29 Sept 2012

Warga SAJOHA sekelian,

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Disertakan Laporan Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ sebagai usaha untuk melaporkan kepada warga SAJOHA, terutama kepada penyumbang-penyumbang dana Projek Surau tersebut.

Laporan tersebut telah disediakan oleh pihak SMSJ (dengan bantuan ikhsan Taskforce SAJOHA).  Saya telah menerima laporan tersebut beberapa hari sebelum AGM SAJOHA yang telah diadakan pada 29 September 2012.

To refresh dan juga untuk pengetahuan warga SAJOHA yang tidak mengetahui/menyedarinya, pada tarikh 23 Januari 2011, pihak SMSJ telah meluahkan hasrat mereka untuk mengendalikan Projek Surau tersebut.  Pihak SAJOHA telah mempersetujui kehendak SMSJ itu dengan syarat pihak kita masih lagi "monitor and control" projek tersebut kerana SAJOHA adalah pemegang dana Projek Surau itu.  Sayugia dimaklumkan di sini, apabila Projek Surau berpindah ke tangan SMSJ, perjalanan projek tersebut dan juga aktiviti serta timelinenya adalah di dalam bidang kuasa mereka.   Ini bererti cepat atau lewatnya perjalanan Projek Surau itu adalah bergantung kepada tindakan SMSJ di dalam mengendalikannya.  Pihak SAJOHA pula hanya memberi khidmat nasihat dan bantuan ikhsan (dari segi komersial dan teknikal serta "fund-related matters"). 

Seperti yang dipersetujui pada mesyuarat SMSJ-SAJOHA pada 23 Januari 2011 dahulu, kerja-kerja pembesaran/pembinaan Projek Surau akan di bayar atau di "disburse" daripada dana Projek Surau (di Bank Islam) apabila SMSJ memberikan pihak SAJOHA progress report dan invois untuk kerja-kerja tersebut.  Skop kerja di dalam progress report dan invois akan diteliti dahulu oleh Taskforce SAJOHA dan Presiden sebelum pembayaran dilakukan.  Ini akan dilakukan sehingga kerja-kerja pembesaran dan pembinaan tamat kelak, insyaAllah.

InsyaAllah juga, laporan-laporan yang selanjutnya akan dilaporkan kepada warga SAJOHA apabila SMSJ melaporkan kepada pihak SAJOHA, dari masa ke semasa.  Untuk makluman.

Sama-samalah kita bantu mendoakan semuga hasrat kita semua agar Projek Surau ini akan segera dapat disempurnakan. . . . dengan segala kemudahan yang dikurnia dan diizinkan oleh Allah SWT.  Amiiin!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Noryn Yusof
b/p Taskforce (Projek Surau) SAJOHA

Laporan Projek Surau: 27 Disember 2011

Laporan terkini daripada Task Force SAJOHA untuk Surau SMSJ:

Bil

Tarikh

Butiran

Catatan

Tindakan Seterusnya

1

12-10-2011

Penolong Pengarah Tanah dan Galian persekutuan cawangan Kluang melawat Tapak surau.

Pegawai berkenaan ialah En Koo.

Lawatan diadakan.

2

12-11-2011

Pejabat Tanah menawarkan tambahan 5 ekar kepada kepada SMSJ.

Di beritahu oleh Pegawai pembangunan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kluang secara lisan iaitu En Zainudin Kassim.

Telah dipersetujui secara lisan.

3

14-11-2011

Melantik Pelukis pelan buat “ sketch”

1. Pembaikan – Lampu, kipas, mengecat surau, tingkap, awning, susur gajah, tile lantai, bumbung, penghadang antara lelaki perempuan, tembok penghadang tanah

2. Pembesaran – ruang solat, beranda belakang, pagar, tembok

3. Pembinaan – dua bilik air untuk lelaki dan perempuan, tangki air, pili air untuk wudhuk.

Pihak sekolah melantik Syarikat Perhidmatan Senibena sebagai pelukis Pelan En Aziz bin Jais dan telah melawat tapak.

Pihak Syarikat akan membentangkan “sketch” kepada pihak sekolah dalam masa dua minggu iaitu akhir November.

4

15-11-2011

Sekolah meminta tangguh ke bulan Disember 2011 untuk memberi laporan tentang kerja pembesaran surau.

Tangguh ke bulan Disember 2011

Menunggu pihak sekolah untuk memberi laporan.

5

26-12-2011

Sekolah meminta tangguh ke bulan Januari 2012 untuk memberi laporan serta skop kerja pembesaran surau.

Tangguh ke bulan Januari 2012

Menunggu pihak sekolah untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan. Sekolah akan memberikan laporan tersebut dalam jangkamasa yang terdekat.

Laporan Projek Surau: 8 Oktober 2011

Laporan penuh dan slides taklimat yang dibentangkan oleh Task Force Projek Surau di AGM Sajoha pada 8 Oktober 2011:

1. Klik link Laporan Penuh Projek Surau.

2. Slides Taklimat Projek Surau semasa AGM Sajoha:
~ tunggu paparan slides daripada SlideShare di mukasurat ini atau klik Projek Surau SMSJ_update 23 Oct 2011_part 2


3. Slides Kertas Kerja Cadangan Pembesaran dan Baikpulih Surau Al-Ihsan:
~ tunggu paparan slides atau klik Kertaskerja Surau SMSJ_update 23 Oct 2011_part 3

.

Projek Surau: maklumat terkini 26 Januari 2011

Salam hormat & salam sejahtera kepada Warga SAJOHA!

Untuk makluman sekelian, pihak kita, iaitu Dato’ Presiden dan Surau Task Force telah bermesyuarat dengan Pengetua baru SMSJ dan juga guru-guru sekolah yang terlibat dengan Projek Surau pada hari Ahad yang lalu, 23 Januari 2011, bertempat di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang, Johor.

Update terkini Projek Surau ialah :

1. Pihak sekolah memohon agar SAJOHA membantu sekolah menyediakan keperluan surau yang sedia ada dengan beberapa kelengkapan tambahan yang kritikal seperti bilik air, tempat wudhuk, sebuah tangki air dan juga saluran paip air. Anggaran kasar untuk keperluan-keperluan tersebut ialah lebih kurang RM20,000. Walaubagaimanapun kita akan menunggu costing yang lengkap dahulu daripada pihak sekolah. Tiada sebarang pembinaan tambahan (atau aktiviti pembesaran surau) akan dilakukan terhadap bangunan surau sedia ada. Hanya keperluan-keperluan kritikal yang telah disebutkan di atas sahaja yang akan dibekalkan kepada surau tersebut.

2. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SAJOHA di atas segala usaha-usaha pungutan sumbangan dana untuk Projek Surau yang telah diusahakan oleh kita sehingga kini. Kedua belah pihak telah bersetuju agar SAJOHA membantu pembinaan Surau baru dari segi dana. Pihak sekolah juga terpanggil untuk membantu perlaksanaan pembinaan Surau baru tersebut. Ini termasuklah kerja-kerja layout plan Arkitek, Civil & Structural, QS, M&E, pemanggilan tender, kontraktor dan apa jua yang berkaitan dengan pembinaan Surau baru tersebut, dan ianya akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Namun pemantauan akan dilakukan juga oleh pihak Surau Task Force kerana kita akan meletakkan beberapa orang wakil-wakil kita di dalam Jawatankuasa Surau mereka. Untuk tujuan pembinaan Surau yang baru itu, mereka akan meminta kelulusan daripada SBP dan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi.

SAJOHA akan melepaskan dana daripada Akaun Surau kepada sekolah secara progress payment dan setelah progress reports & status updates di terima daripada pihak sekolah dari masa ke semasa. Begitu juga SAJOHA dengan pihak ICU JPM. SAJOHA akan memberikan laporan kepada ICU (berdasarkan kepada laporan yang di terima daripada sekolah) kerana ICU akan menyalurkan dana berjumlah RM100K itu kepada Akaun Surau sahaja (yang dikendalikan oleh SAJOHA), dan bukannya kepada SMSJ secara direct.

Perkembangan yang seterusnya serta kertas kerja akan disediakan oleh pihak sekolah setelah mereka berbincang dengan SBP dan Kementerian Pelajaran. Kita mendoakan agar mereka akan mendapat persetujuan dan kelulusan daripada jabatan-jabatan tersebut secepat mungkin. Mesyuarat tersebut akan diadakan di dalam masa yang terdekat selepas perayaan Raya Cina ini.

Untuk makluman. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Noryn Yusof
b/p SAJOHA & Surau Task Force
.