Warga SAJOHA sekelian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Disertakan Laporan Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ sebagai usaha untuk melaporkan kepada warga SAJOHA, terutama kepada penyumbang-penyumbang dana Projek Surau tersebut.
Laporan tersebut telah disediakan oleh pihak SMSJ (dengan bantuan ikhsan Taskforce SAJOHA). Saya telah menerima laporan tersebut beberapa hari sebelum AGM SAJOHA yang telah diadakan pada 29 September 2012.
To refresh dan juga untuk pengetahuan warga SAJOHA yang tidak mengetahui/menyedarinya, pada tarikh 23 Januari 2011, pihak SMSJ telah meluahkan hasrat mereka untuk mengendalikan Projek Surau tersebut. Pihak SAJOHA telah mempersetujui kehendak SMSJ itu dengan syarat pihak kita masih lagi "monitor and control" projek tersebut kerana SAJOHA adalah pemegang dana Projek Surau itu. Sayugia dimaklumkan di sini, apabila Projek Surau berpindah ke tangan SMSJ, perjalanan projek tersebut dan juga aktiviti serta timelinenya adalah di dalam bidang kuasa mereka. Ini bererti cepat atau lewatnya perjalanan Projek Surau itu adalah bergantung kepada tindakan SMSJ di dalam mengendalikannya. Pihak SAJOHA pula hanya memberi khidmat nasihat dan bantuan ikhsan (dari segi komersial dan teknikal serta "fund-related matters").
Seperti yang dipersetujui pada mesyuarat SMSJ-SAJOHA pada 23 Januari 2011 dahulu, kerja-kerja pembesaran/pembinaan Projek Surau akan di bayar atau di "disburse" daripada dana Projek Surau (di Bank Islam) apabila SMSJ memberikan pihak SAJOHA progress report dan invois untuk kerja-kerja tersebut. Skop kerja di dalam progress report dan invois akan diteliti dahulu oleh Taskforce SAJOHA dan Presiden sebelum pembayaran dilakukan. Ini akan dilakukan sehingga kerja-kerja pembesaran dan pembinaan tamat kelak, insyaAllah.
InsyaAllah juga, laporan-laporan yang selanjutnya akan dilaporkan kepada warga SAJOHA apabila SMSJ melaporkan kepada pihak SAJOHA, dari masa ke semasa. Untuk makluman.
Sama-samalah kita bantu mendoakan semuga hasrat kita semua agar Projek Surau ini akan segera dapat disempurnakan. . . . dengan segala kemudahan yang dikurnia dan diizinkan oleh Allah SWT. Amiiin!
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Noryn Yusof
b/p Taskforce (Projek Surau) SAJOHA
No comments:
Post a Comment