Status Projek dan Rayuan Sumbangan - 12 Mei 2013

Assalamualaikum Warga SAJOHA! Salam sejahtera diucapkan kepada semua yang membaca lapuran ini.  Rayuan Fasa ke-2 telah tamat hari ini.

Sekali lagi, pihak Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih  di atas kerjasama dan sambutan bersemangat yang agak luar biasa dari pihak tuan-tuan sekelian untuk menyumbang/menderma/wakaf di dalam usaha membantu melengkapkan keperluan di dalam Surau sekolah kita itu.  Semuga Allah memberikan ganjaran pahala dan keberkatan serta rahmat dariNya untuk kesemua sumbangan-sumbangan tuan-tuan itu.

Pada hari Sabtu lepas, iaitu pada 11hb Mei 2013, Technical Task Force Projek Surau telah bermesyuarat buat kali ke-3 dan melawat tapak Surau untuk melihat perkembangan dan perjalanan Projek Surau.  Kemajuan projek adalah semakin baik dan berjalan lebih lancar.

Namun ingin dilapurkan di sini bahawa daripada mesyuarat tersebut, kami mendapati ada beberapa perkara yang harus kita utamakan dan disegerakan dahulu untuk mempastikan Surau dapat digunakan dengan lancar dan di dalam keadaan yang kondusif.  Surau sekolah kita itu adalah bangunan yang agak lama, di bina di atas bukit yang tidak begitu besar keluasannya.  Banyak bahagian Surau yang telah rosak dan harus diperbaiki.

Himpunan dana yang kita berjaya kumpulkan sejak Malam Amal dulu, dan juga dengan sumbangan dari ICU (Jabatan Perdana Menteri) sebanyak RM100,000 rupa-rupanya masih tidak mencukupi.  Wang dana yang ada hanyalah untuk menampung kos pembinaan(pembesaran) sahaja.  Kita berdikit-dikit dan amat berjaga-jaga serta menyimpan wang itu dengan sebaik-baiknya, kerana ia adalah amanah Warga SAJOHA sekelian, serta amanah penyumbang-penyumbangnya yang lain juga, termasuklah dari badan-badan korporat dan individu-individu.

Apa yang agak menyedihkan dan merunsingkan ialah kita juga harus memperbaki dan menampung keadaan di sekeliling Surau yang sudah agak dhaif dan rosak-rosak seperti ”apron”, pagar, laluan pejalan kaki berbumbung dan sebagainya.  Kita juga bimbang tentang keadaan di lereng bukit apabila Surau itu siap kelak.  Jadi untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, pihak Technical Task Force telah sepakat untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan ”preventive action” seperti memasang ”sheet piles” dan juga bersedia jika lereng bukit tersebut memerlukan ”retaining wall”.

Namun, untuk memperbaiki keadaan persekitaran Surau dan untuk meneruskan pelan tindakan itu, kita kekurangan dari segi kewangan pula kerana kewangan kita hanya mencukupi untuk menampung kos pembinaan(pembesaran) sahaja.  Kami merayu kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam bidang Industri Pembinaan (atau pun sesiapa jua) untuk tampil membantu kami di dalam melaksanakan tugas-tugas ini, samada dari segi kewangan ataupun dari segi materials.

Disenaraikan di bawah ini keperluan-keperluan utama (No.1) yang menjadi keutamaan di masa ini. Namun keperluan ke-2 (No.2) masih juga diperlukan kerana Surau masih lagi kekurangan keperluan-keperluan tersebut.

(1)   Infra dan pembinaan di luar surau :
a.    Bahan-bahan seperti ”sheet piles”. Pihak kami akan menerima jika tuan-tuan yang mempunyai sheet piles yang telah dipakai (used) yang ingin menyumbangkan bahan-bahan tersebut, asalkan ianya berada di dalam keadaan yang boleh digunakan semula.  Surau juga mungkin perlukan ”retaining wall” jika keadaan tanah dan cerun memerlukannya.

b.    Asas konkrit untuk pagar ”chainlink” dan kerja menebang 2 batang pokok dan semak-samun.  Keadaan pagar sedia ada telah rosak dan perlu diperbaiki.

c.    Lantai konkrit ”apron” untuk menggantikan ”apron’ yang telah pecah dan rosak di bahagian hadapan Surau (berdekatan dengan Imam) iaitu di tepi pagar.

d.    Laluan 27’ X 8’ berbumbung genting dengan 4 tiang dan lantai konkrit dari pagar ke Surau.

e.    Tempat wudhu’ lelaki tambahan di pintu masuk lelaki.  Ini adalah keperluan tambahan yang perlu diadakan. 
(2)  Peralatan serta barangan di dalam Surau :
a.    Karpet bersaf yang kita perlukan RM11,000 lagi untuk membelinya.

b.    Lampu (wall lights) kita perlukan RM3,500 lagi.

c.    Sejadah khas (untuk VIP/tetamu kehormat) – seberapa banyak.

d.    Telekung – seberapa banyak.

e.    Surah Yassin – seberapa banyak.

f.     Al-Quran terjemahan/tafsiran – seberapa banyak.

g.    Rehal – seberapa banyak.

h.    Water dispenser 2 unit (untuk pelajar lelaki dan perempuan), memadai yang sejuk sahaja. Bagi sesiapa yang menjadi distributor/dealer/agent yang ingin menyumbang, sila beritahu pihak kami.
Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ masih ingin merayu sekali lagi kepada warga SAJOHA yang ingin menyumbang dan menderma atau mewakafkan keperluan-keperluan No.1 dan No.2 (sila lihat kepada Contribution List di atas).

Tarikh tutup Rayuan Dana dan Sumbangan Fasa ke-3 ini ialah 19hb Mei 2013 (Ahad).

Tarikh Surau dijangka siap telah dienjakkan kepada 20hb Mei 2013.

Tarikh Majlis Perasmian Surau di jangka akan diadakan pada 24hb Mei 2013, jika Majlis Perasmian ini diizinkan oleh Allah. InsyaAllah dan mudah-mudahan!

Semuga Allah memberikan ganjaran rahmat dan pahala yang berlipat-ganda serta keberkatan terhadap kebaikan dan ketulusan hati anda sekelian.  Amin 3X!

Untuk pertanyaan dan wakaf barangan, sila hubungi:

    Noraini Mohd Yusof / Noryn
    ph: 013-3581933 / 013-3956789
    norainimyusof@yahoo.com.my, norynnmyusof@gmail.com

    Haizad Ibrahim
    ph = 019-3273 074
    haizad@yahoo.com

    Md. Nazri Safar
    ph = 019-3341 297
    ayex75@yahoo.com

    Alimor Sipon
    ph = 019-3868 642
    alimorsipon@yahoo.com

    Syed Zakaria Syed Mohamed
    ph = 012 313 2134
    abah1963@yahoo.com

 Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:

    Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

    No. Akaun: 141 800 1000 7685

    Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)

Disediakan oleh :

Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau SMSJ
12 Mei 2013

No comments:

Post a Comment