Status Projek dan Rayuan Dana Fasa ke-4 : 22 Mei 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga SAJOHA!

Rayuan Fasa ke-3 telah tamat beberapa hari yang lalu.  Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan ke atas bantuan dan keperihatinan tuan-tuan untuk kesemua sumbangan/derma/wakaf di dalam usaha membantu melengkapkan keperluan Surau sekolah kita.  Hanya Allah sahaja yang amat mampu dan Maha Membalas segala kebaikan dan keperihatinan tuan-tuan sekelian.  Semuga Allah merahmati dan memberkati pemberian-pemberian itu.  Amin!

Saya ingin melapurkan jumlah infra/peralatan/barangan dan wang tunai yang kita telah terima setakat ini.  Boleh dikatakan banyak keperluan surau telahpun dapat dikumpulkan dari tuan-tuan, melainkan beberapa perkara seperti di bawah ini :

Peralatan serta barangan di dalam Surau :
a.     Karpet bersaf yang memerlukan wang sebanyak RM37,600

b.    Cat dinding luaran surau sedia ada, cat dalaman surau sedia ada dan cat bumbung surau sedia ada RM19,000

c.     Sejadah khas – seberapa banyak yang boleh

d.    Telekung – seberapa banyak yang boleh

e.    Surah Yassin – seberapa banyak yang boleh

f.     Al-Quran terjemahan/tafsir – seberapa banyak yang boleh

g.    Rehal – seberapa banyak yang boleh

h.    Tasbih – seberapa banyak yang boleh
Infra serta pembinaan di luar Surau :
a.     Bahan-bahan seperti ”sheet piles”. Pihak kami akan menerima jika tuan-tuan yang mempunyai sheet piles yang telah dipakai (used) yang ingin menyumbangkan bahan-bahan tersebut, asalkan ianya berada di dalam keadaan yang boleh digunakan semula.  Surau juga mungkin perlukan ”retaining wall” jika keadaan tanah dan cerun memerlukannya.

b.    Asas konkrit untuk pagar ”chainlink” dan kerja menebang 2 batang pokok dan semak-samun.  Keadaan pagar sedia ada telah rosak dan perlu diperbaiki.

c.     Lantai konkrit ”apron” untuk menggantikan ”apron’ yang telah pecah dan rosak di bahagian hadapan Surau (berdekatan dengan Imam) iaitu di tepi pagar.

d.    Laluan 27’ X 8’ berbumbung genting dengan 4 tiang dan lantai konkrit dari pagar ke Surau. 

e.    Tempat wudhu’ lelaki tambahan di pintu masuk lelaki.  Ini adalah keperluan tambahan yang perlu diadakan.
Oleh kerana pihak kita masih kekurangan wang dana dari segi melengkapkan keperluan-keperluan tersebut, kami sekali lagi ingin merayu kepada mana-mana pihak yang sudi menampung kos membeli kelengkapan dan keperluan surau yang telah disebutkan di atas tadi.  Segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada dana terkumpul surau di Akaun Surau seperti yang tertera di penghujung lapuran ini.

Perasmian Surau
Pada hari Ahad yang lalu (19 Mei 2013), mesyuarat ke-4 dan lawatan ke tapak telah dijalankan untuk melihat perkembangan terkini dan progres pembinaan surau.  Terdapat isu-isu dan masalah-masalah pembinaan yang terpaksa Technical Task Force Surau hadapi dan laluinya.  Oleh sebab itu, maka tarikh Majlis Perasmian Surau terpaksa kita enjakkan daripada 24h Mei 2013 kepada satu tarikh yang lain.  Namun sebagai pemegang amanah, kami tidak mahu berputus asa dan akan terus berjuang dan menjalankan tangggungjawab kami untuk memastikan surau sekolah kita siap sempurna dan akhirnya dapat dirasmikan seperti yang kita impi-impikan. 

Apa yang kami doa dan harapkan ialah surau tersebut dapat disiapkan dan dirasmikan pada akhir bulan Jun 2013 dan sebelum bermulanya bulan Ramadhan pada tahun ini.  Kami menyeru kepada anda semua agar turut sama memberi sokongan moral dan semangat, serta turut sama mendoakan semuga surau sekolah kita dapat disiapkan pembinaannya secepat mungkin seperti yang diharap-harapkan.

Rayuan Dana Sumbangan
Berbalik kepada rayuan dana, Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ masih lagi ingin merayu dan mengharapkan agar sumbangan terus-terusan dapat disalurkan demi meneruskan dan menyiapkan keperluan surau tersebut untuk anak-anak dan adik-adik sekolah kita yang sedang menanti untuk menggunakan surau tersebut.

Tarikh tutup Rayuan Dana & Sumbangan Fasa ke-4 ini kami sasarkan pada 31hb Mei 2013 (Jumaat) kerana pihak kami juga harus membuat tempahan untuk mendapatkan peralatan dan barangan tersebut.  Untuk memudahkan lagi perjalanan akaun dan mengenalpasti sumbangan itu adalah untuk surau, silalah letakkan tujuan deposit sebagai ”Dana Sumbangan untuk Surau” dan kami berharap penyumbang-penyumbang tersebut dapat menghubungi kami sebelum atau sejurus sesudah menyumbang untuk memudahkan lagi kerja-kerja akaun kami.

Semuga Allah memberikan ganjaran rahmat dan pahala yang berlipat-ganda serta keberkatan terhadap kebaikan dan ketulusan hati anda sekelian.  Amin 3X!

Untuk pertanyaan dan wakaf barangan, sila hubungi:

    Noraini Mohd Yusof / Noryn
    ph: 013-3581933 / 013-3956789
    norainimyusof@yahoo.com.my, norynnmyusof@gmail.com

    Haizad Ibrahim
    ph = 019-3273 074
    haizad@yahoo.com

    Md. Nazri Safar
    ph = 019-3341 297
    ayex75@yahoo.com

    Alimor Sipon
    ph = 019-3868 642
    alimorsipon@yahoo.com

    Syed Zakaria Syed Mohamed
    ph = 012 313 2134
    abah1963@yahoo.com

 Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:

    Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

    No. Akaun: 141 800 1000 7685

    Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)

Disediakan oleh :
Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ
22 Mei 2013

1 comment: