RAYUAN DANA DAN SUMBANGAN TAMBAHAN UNTUK SURAU AL-IHSAN, SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM


Sukacita dimaklumkan bahawa Projek Surau sedang di dalam proses pembinaan di ketika ini. Pihak Kontraktor sedang bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan pembinaan bangunan Surau tersebut sebelum pertengahan bulan Mei 2013 bagi menyambut Majlis Perasmian. Jika diizinkan Allah dan jika tiada sebarang halangan, maka Majlis Perasmian Surau Al-Ikhsan SMSJ akan diadakan seminggu selepas itu.  Tarikh yang sebenar akan diwar-warkan kemudian.

Timeline & Work Program
Sayugia dimaklumkan bahawa terdapat beberapa bahagian infra sedia ada seperti tingkap dan pintu surau yang telah uzur dan perlu diganti.  Surau juga memerlukan beberapa peralatan-peralatan dan barangan-barangan untuk tujuan Perasmian dan juga untuk kegunaan pengguna-pengguna surau khususnya pelajar-pelajar setelah siapnya surau itu dalam jangkamasa yang terdekat ini.  Sila lihat senarai keperluan Surau seperti jadual di bawah.


Keperluan Surau
Oleh itu pihak Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ ingin merayu kepada warga SAJOHA, ahli-ahli korporat, maupun individu-individu untuk tampil menyumbang dan menderma dalam bentuk CASH atau IN-KIND dan barangan demi memenuhi keperluan-keperluan surau dalam masa yang terdekat ini.  Bagi yang berhasrat untuk memberikan sumbangan, silalah salurkan sumbangan anda (samada dalam bentuk wang tunai ataupun keperluan seperti yang tertera di dalam senarai barangan yang diperlukan), dengan menghubungi Jawatankuasa Penganjur Surau secepat mungkin atau sebelum 7hb Mei 2013 untuk sebarang perancangan dan pengendalian yang jitu dan teratur. 

Kami Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang terdahulu kepada anda semua dan sekali lagi kami menyeru dan merayu kepada warga SAJOHA sekelian serta sesiapa jua di luar sana agar sudi tampil menyumbang dan menderma untuk keperluan-keperluan surau dalam masa yang terdekat ini.  Semuga Allah memberikan ganjaran rahmat yang berlipat-ganda serta keberkatan terhadap budi-baik dan ketulusan hati anda sekelian.  Amin!


Senarai Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ ( SAJOHA )

JAWATANKUASA UTAMA

Penasihat  
YBhg. Dato’ Ahmad Ridza Bukhari

Pengerusi/ Pengarah Projek                 
Noraini Mohd Yusof (Noryn)
norainimyusof@yahoo.com.my, 013 358 1933, 013 395 6789

Setiausaha/Bendahari         
Haizad Ibrahim
haizad@yahoo.com , 019-3273074

Pengurus Projek (Am)          
Mohd Nazri Safar
ayex75@yahoo.com , 019- 3341297




TASK FORCE TEKNIKAL

Arkitek                                   
Mahzan Kamsan (merangkap Ketua Teknikal)

Arkitek                              
Mahzan/Ramly Abu Bakar/Saiful Yazan Abdul Rahman                       

Jurutera Awam                     
Othman Abdul Rahim

Juru Ukur Bahan                   
Hassan Bero

Pengurus Projek 1 (Tapak Pembinaan)
Rashid Ithnin            
 
Pengurus Projek 2 (Tapak Pembinaan)  
Samsudin Dikon

Ahli-ahli sokongan  (menurut keperluan) 
Syed Zakaria Syed Mohamed
abah1963@yahoo.com , 012 313 2134
Alimor Sipon
alimorsipon@yahoo.com 019 3868 642
                                            




JAWATANKUASA KEWANGAN

Bendahari                   
Haizad Ibrahim

Juru Odit                      
Ahmad Fuad Abu

PENYIMPAN DANA WANG TERKUMPUL PROJEK SURAU AL-IKHSAN SMSJ

Nama Bank       
Bank Islam Malaysia Berhad,
Menara TM Branch, LG1, Menara TM,
Jalan Pantai Baharu, 59200 Bangsar, Kuala Lumpur.

No Akaun         
141 800 1000 7685

Atas Nama         
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS
JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)

Jenis Akaun      
Akaun Semasa


Disediakan oleh :
Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ
25 April 2013

No comments:

Post a Comment