Rayuan Dana dan Sumbangan - status 6 Mei 2013


Kami di Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ berasa amat terharu tetapi gembira serta teruja dengan kesungguhan dan kesemua pemberian-pemberian warga SAJOHA sekelian samada di dalam bentuk infra, peralatan ataupun barangan, dan juga sumbangan secara tunai yang telah dimasukkan ke dalam Akaun Dana Projek Surau semenjak rayuan ini dilancarkan seminggu setengah yang lalu.  Ucapan terima kasih yang tidak terhingga terhadap ketulusan dan keikhlasan hati tuan-tuan dan puan-puan di dalam memenuhi keperluan Surau. 

Namun demikian, perjalanan masih agak jauh lagi dan kami masih perlu memohon agar tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu kami untuk melengkapkan keperluan Surau sekolah kita itu di dalam jangkawaktu yang terdekat ini.  Sila lihat kepada carta terkini (updated) yang dilampirkan.

Untuk makluman sekelian, kerja-kerja pembinaan dan pembesaran Surau sedang giat dilaksanakan oleh pihak Kontraktor.  Kami akan berkongsi maklumat dan memuat-naikkan ”status update” yang terkini ke Blog DermaSurauSMSJ.blogspot.com sejurus selepas menerima lapuran daripada pihak mereka.   Selari dengan pihak Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja mereka, kami pula perlu mengusahakan dan membeli peralatan-peralatan serta barangan-barangan keperluan Surau untuk tujuan Majlis Perasmian dan kegunaan yang seterusnya oleh pelajar-pelajar kita.

Justeru itu, Jawatankuasa Penganjur Projek Surau Al-Ikhsan SMSJ masih ingin merayu kepada warga SAJOHA yang ingin menyumbang dan menderma atau mewakafkan infra / peralatan / barangan yang di senaraikan di dalam lampiran carta tersebut untuk Surau. 

Tarikh tutup Rayuan Dana & Sumbangan Fasa ke-2 ini ialah 12hb Mei 2013 (Ahad) kerana pada 15hb Mei 2013, insyaAllah pembinaan Surau dijangka siap, dan peralatan-peralatan serta barangan-barangan tersebut akan digunakan. 

Untuk pertanyaan dan wakaf barangan, sila hubungi:
Noraini Mohd Yusof / Noryn
ph: 013-3581933 / 013-3956789
norainimyusof@yahoo.com.mynorynnmyusof@gmail.com

Haizad Ibrahim
ph = 019-3273 074
haizad@yahoo.com

Md. Nazri Safar
ph = 019-3341 297
ayex75@yahoo.com

Alimor Sipon
ph = 019-3868 642
alimorsipon@yahoo.com

Syed Zakaria Syed Mohamed
ph = 012 313 2134
abah1963@yahoo.com
 Untuk menderma tunai ke Tabung Surau Al-Ikhsan SMSJ:
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 141 800 1000 7685

Nama Penuh Akaun: PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR (SAJOHA)
Semuga Allah memberikan ganjaran rahmat dan pahala yang berlipat-ganda serta keberkatan terhadap kebaikan dan ketulusan hati anda sekelian.  Amin 3X!

Disediakan oleh :
Pengerusi/Pengarah Projek
Projek Surau SMSJ
6 Mei 2013

.

No comments:

Post a Comment