Showing posts with label Amal Jariah. Show all posts
Showing posts with label Amal Jariah. Show all posts

Amalan Untuk Kebaikan Dunia dan Akhirat


Projek Pembesaran dan Pembaikan Surau Al-Ihsan


Surau Al-Ihsan di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (SMSJ) siap di bina pada tahun 1990. Setelah hampir 20 tahun, Surau Al-Ihsan tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Ia juga memerlukan pembaikan infrastruktur dan peralatan.

Bersama Beramal Kebaikan Dunia Akhirat

Marilah kita bersama-sama membantu seperti berikut:
1. Bersedekah wang Ringgit

2. Menyumbang selain daripada kewangan

3. Menyampaikan rayuan Surau Al-Ihsan kepada keluarga, sahabat dan organisasi kita

4. Membuat link ke DermaSurauSMSJ.blogspot.com di laman web, blog, Facebook, MySpace dan sebagainya
Terimakasih didahulukan kerana menderma wang, masa dan sokongan untuk Projek Surau Baru SMSJ. Semoga ALLAH membalas dengan kebaikan yang berlipat-ganda dan pahala yang berterusan.
.

Ya Allah, Hanya Dikau Yang Kami Sembah

.
















Surah Al-Hasyr (59) Ayat 23 dan 24
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;
Yang Menguasai (sekalian alam);
Yang Maha Suci;
Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan);
Yang Maha Melimpahkan Keamanan;
Yang Maha Pengawal serta Pengawas;
Yang Maha Kuasa;
Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya);
Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. [Ayat 23]

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. [Ayat 24]

Surah Al-Mu'min/Ghafir (40) Ayat 1-3 dan Surah Al-Hasyr (59) Ayat 23. Video tilawah Hj Mu'min Mubarok, Qari Indonesia yang menjadi johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2008.

http://www.youtube.com/watch?v=P5L-ayZq4x0